KEJOHANAN KEBANGSAAN TANG SOO DO MALAYSIA KE 31, 2026, KUCHING SARAWAK

Kejohanan Tang Soo Do Kebangsaan ke 31 telah berlangsungkan pada 10/9/2026 hingga 12/9/2026 di Dewan SJKC Sam Hap Hin, Kuching, Sarawak. Negeri-negeri yang terlibat adalah Negeri Perak, Selangor dan Sarawak terdiri Kawasan Kuching, Sarikei, Samarahan dan Sibu. Untuk mengelakkan ‘contact’ di antara peserta Kejohanan ini telah mengadakan Acara Formasi ( dalam acara ini peserta perlu demostrasi kelancaran, kestabilan, kekuatan dalam satu set pergerakkan ) dan Lawan Bebas ( mengguna alat-alat Keselamatan seperti Pelindung Badan, Kepala, Tangan dan Kaki ) . Setiap acara di bahagikan mengikut Kategori Sekolah Menengah dan Dewasa, mengikut Jantina, Warna Tali Pinggang, Umur dan Berat. Sebanyak 74 acara di pertandingkan.
Acara dan Format Pertandingan
- Mengikut jantina ( Lelaki & Perempuan )
- Umur – bawah 15 tahun, bawah 17 tahun dan dewasa
- Mengikut tali pinggang dan berat peserta mengikut kategori light weight, middle weight dan heavy weight
- Semua Johan bagi Acara formasi yang sama daripada katergori lelaki, perempuan daripada semua peringkat umur akan bertanding semula untuk merebut acara “Grand Champion”
Acara kategori yang ditandingkan
- Acara formasi untuk gred tali pinggang hitam sahaja
- Kayu Pendek, Pisau kecil dan keambit
- Formasi : Traditional & Chil Sung – Acara Lelaki & Perempuan mengikut Gred masing masing
- Lawan Bebas – Acara Lelaki & Perempuan mengikut Gred masing masing, umur dan berat peserta
- ( Light weight, Middle weight dan heavy weight )
- Team Formasi
- Team Lawan Bebas
- Grand Champion Form
https://www.facebook.com/reel/1772332760767189
https://www.facebook.com/photo/?fbid=10216737023415631&set=a.1293591157549
https://www.facebook.com/photo/?fbid=10216702027540756&set=a.1293591157549
